[ Samblado..Serunding Halal Sedap Kelantan ]

[ Cerita SAMBLADO Untuk Dikongsi ]

2011-

Berniaga nasi kerabu di bazaar ramadhan dan jual nasi lemak, kuih muih di tepi jalan bertemankan payung memancing dan meja pinjam dari kedai depan..bermula di linggi negeri sembilan

Tanpa ssm..kena kejar dengan mppd..😂😂😂

2012-

Bermula di kelantan..belakang rumah..bawah pokok...seterusnya bangsal kecil di rumah..mula membuat product serunding..

walaupun masa ni banyak yang buang dari jual..naik motor keliling kelantan mencari mentor dan pasaran product..

Serunding masuk dalam beg..pikul kat belakang..pegang ditengah dan depan..menjaja dari satu kedai ke satu kedai..tak ada satu kedai pon yang terima, dalam perjalanan balik rumah, duit tinggal syiling jer..sampai separuh jalan..minyak motor habis..kutip syiling isi minyak motor..singgah masjid tenangkan fikiran..baki duit semua masuk tabung masjid..balik rumah..sorok serunding bawah rumah..tak nak abah tahu anak -anak dia susah..😂😂😂

Usaha dan terus usaha

2013-

-Johan serunding peringkat negeri kelantan HPPNK negeri kelantan
- Johan serunding peringkat kebangsaan sempena HPPNK
- Pemenang RBC
- Usahawan terbaik tunas mekar
- Anugerah usahawan KGMR

2014

- Berpindah ke kilang
- Memohon pengiktirafan halal jakim

2015

- Mendapat pengiktirafan halal jakim
- Produk terbaik kluster makanan sdsi
- tempat ketiga HPPNK Negeri Kelantan
- tempat kedua HPPNK kebangsaan

2016

- Johan Serunding peringkat negeri kelantan sempena Hari Peladang Penternak dan nelayan negeri kelantan
- silver medal euroinvent creativity and innovation at iasi Romania (serunding daging habbatussauda)
-Matrade Excellent Award 2016
-Anugerah Inovasi Industrial 2016
-Anugerah E-Usahawan Cemerlang 2015
-Anugerah Usahawan Belia Risda Kelantan 2016
2017- Anugerah usahawan tani 2017

Dan masih lagi teruskan perjuangan dalam perniagaan..

Alhamdulillah dengan setiap rahmat ujian dari kasih sayang Allah buat kita..

Setiap kejayaan ada cerita dan perjalanannya..ada air mata dan senyuman..kesat air mata..sabar dan solat..mengadu pada Yang Maha Pencipta.. senyumlah untuk lebih tenang.. ini cerita kami..bagaimana dengan cerita anda..😊😊😊

Comments

Popular Posts