PETUA MENYEMBELIH BINATANG
AMALAN ALMARHUM TUAN GURU HJ HASHIM, MUDIR PONDOK PASIR TUMBOH DAN TOK2 GURU TUKANG SEMBELIH.

Kali ni akak nak share lain sikit dari yang lain yer. Almaklum la blog kita ni berkenaan pemprosesan serunding ayam dan serunding daging. Mane tau di musim perayaan suami kita nak sembelih sendiri lembu kan, so..boleh la kita sama-sama share kat suami kita kan..kan..hehe..

Tapi kan..Dah habis raya..Kakak samblado baru nak share..i'm sorry.. 😬😬😬
.
1. Supaya daging tidak berlemak;

a) Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.
b) Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
c) Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
d) Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.

2. Supaya daging binatang menjadi lembut;

a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan.

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk;
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُاللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّة
َ
4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan;
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ
Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati.

Salam Aidil Adha...
Gambar Kenangan Ayahnda Bersama Guru mulia beliau

Credit to penulis asal : Nik Abdul Aziz Al-Hasyimie


Comments

Popular Posts